Bimbingan Kerjaya Pelajar

17 April 2024 (Rabu) : Satu program Bimbingan Kerjaya Pelajar Semester Akhir ILPAPNT SESI 1/2024 di Auditorium ILPAPNT.

Program wajib setiap semester ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal, kesiapsiagaan semua pelajar semester akhir ILP APNT sesi 1/2024 sebelum menempuh alam pekerjaan nanti.

Pada semester ini juga pihak PERKESO Pulau Pinang telah berbesar hati untuk membantu dalam memberi penerangan dan taklimat kerjaya kepada para pelajar semester akhir institut ini.

Pihak PERKESO juga telah membantu pelajar dalam mendaftar dan mengisi maklumat dalam portal MyFutureJobs. Semua pelajar institut ini telah berjaya mewujudkan akaun MyFutureJobs masing-masing yang akan membantu mereka untuk mencari pekerjaan yang sesuai nanti.

Semoga program pada kali ini dapat memberi manfaat dan menambahkan keyakinan para pelajar ILP APNT untuk bergelar sebagai seorang pekerja industri.

Diharapkan juga bakal graduan ILP APNT pada semester ini berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan seterusnya menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

 

“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”