Kunjungan Rasmi dari PPD

15 Mac 2023 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjungan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkenalkan ILP APNT dengan lebih dekat serta mewujudkan hubungan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak.

Antara agenda yang dibincangkan ketika program ini berlangsung adalah skop kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya peranan PPD dalam mempromosikan ILP APNT kepada para pelajar lepasan SPM di daerah masing-masing.

Pihak ILP APNT juga amat bertuah dengan kedatangan pihak pengurusan atasan Kian Joo Can Factory Berhad (KJCF) yang mana rakan pintar institut ini. Kehadiran KJCF adalah untuk menerangkan kepada semua pegawai yang hadir tentang hala tuju yang terbentang luas kepada graduan lepasan ILP APNT dalam bidang Teknologi Percetakan khususnya.

Semoga dengan terlaksana program sebegini, dapat memberi impak yang positif dan memberangsangkan kepada pihak institut dalam meningkatkan enrolmen pada masa akan datang.