14 - 16 Mac 2023 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah diberi kepercayaan untuk melatih kakitangan Syarikat Print Plus Sdn Bhd, Brunei.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam pengendalian mesin Die Cut Heidelberg Variamatrix 1050 E kepada kakitangan Syarikat Print Plus Sdn Bhd, Brunei.
Program kursus jangka pendek dikelola oleh tenaga pengajar (kepakaran) dari Bahagian Teknologi Litografi Osfet iaitu Ts. Nantha Kumara a/l Periasamy.
Semoga ilmu kemahiran yang dipelajari sepanjang program ini dijalankan dapat memberi manfaat sebaiknya kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai operator mesin di bahagian post press di Print Plus Sdn Bhd, Brunei.
Sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran (Centre of Skills Excellence, CoSE) dalam bidang Teknologi Percetakan, institut ini amat mengalu-alukan kolaborasi dan kerjasama dalam pelbagai skop dari mana-mana industri mahupun agensi kerajaan.