KJP Reka Slaid Kreatif & Janaan Sijil Automatik

KJP Reka Slaid Kreatif Janaan Sijil Automatik

16- 17 Julai 2024 : Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan telah menghadiri kursus di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai yang bertajuk Reka Grafik Slaid Kreatif Guna Canva dan Janaan Sijil Automatik Guna Google Application.

Kursus dijalankan selama dua hari telah disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri dari Doktor Pakar, Doktor, Pegawai Farmasi, Jururawat dan kakitangan bahagian pentadbiran di sekitar Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Pada hari pertama, para peserta telah mempelajari asas kemahiran menghasilkan reka bentuk grafik menggunakan aplikasi Canva. Selepas itu, mereka diajar teknik menghasilkan slaid yang menarik dan kreatif supaya pembentangan masing-masing lebih berkesan dan efektif.

Pada hari kedua pula, para peserta telah dibimbing dalam menghasilkan reka bentuk sijil dan Google Forms Header juga menggunakan aplikasi Canva. Sijil dan Google Forms Header berkenaan bertujuan untuk digunakan ketika menjana sijil secara automatik.

Janaan sijil secara automatik ini menggunakan aplikasi yang terdapat dalam Google seperti Google Forms, Google Slides dan Google Sheets. Objektif kursus pada hari kedua iaitu menghasilkan sistem janaan sijil secara automatik telah tercapai.

Semoga ilmu kemahiran yang telah diperolehi selama dua hari berkursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan memudahkan urusan kerja mereka setelah kembalinya ke pejabat masing-masing nanti.

Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang kami sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.

ย 

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย