KJP Asas Pengendalian Drone

KJP Kendali Drone

03 Julai 2024 (Rabu) : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh telah melaksanakan kursus jangka pendek Asas Pengendalian Dron. Seramai 30 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh telah menyertai kursus kali ini.

Kursus ini dimulakan dengan asas pengetahuan secara teori di Bengkel Teknologi Multimedia Interaktif dan latihan amali di Dewan Sukan ILP APNT.

Para peserta diajar asas pengaturcaraan pergerakan dan pengendalian dron menggunakan Aplikasi DroneBlocks. Para peserta begitu teruja dapat menimba pengalaman ini kerana dapat mengendalikan sendiri drone.

Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari selama satu hari ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada para peserta dan memilih bidang TVET serta menyambung pengajian di institut ini selepas tamat alam persekolahan nanti.

 

“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”