
7 Februari 2026 โ Satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berbentuk gotong-royong pembersihan kawasan masjid serta kerja-kerja penyelenggaraan pepasangan elektrik telah dilaksanakan di Masjid Jamek Nibong Tebal.
Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 35 orang pelajar daripada Kursus Teknologi Elektrik Semester 4 dan 5 bersama tiga orang pegawai pengiring iaitu Ts. Noormaizura, En. Hussaini Aras dan En. Nizamuddin Saim.
Melalui aktiviti ini, para pelajar berpeluang menyumbang khidmat kepada komuniti setempat sambil mengaplikasikan kemahiran teknikal yang dipelajari dalam bidang elektrik, khususnya dalam aspek penyelenggaraan pepasangan elektrik di kawasan masjid. Di samping itu, aktiviti gotong-royong ini turut memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab sosial serta nilai kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.
Pihak institut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar dan pegawai yang terlibat atas komitmen serta sumbangan tenaga dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.









