Mesyuarat Kolaborasi Industri

Kolaborasi Industri
๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐€๐ˆ๐Š ๐‰๐Ž๐Ž ๐‚๐€๐ ๐…๐€๐‚๐“๐Ž๐‘๐˜ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ

17 April 2026 (Jumaat) : Siri kolaborasi strategik antara ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dan Kian Joo Group diteruskan melalui sesi lawatan teknikal khas ke Aik Joo Can Factory Sdn. Bhd., Mak Mandin, hari ini.

Lawatan ini merupakan susulan kepada mesyuarat kolaborasi yang telah diadakan sehari sebelumnya, dengan delegasi ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal memberi tumpuan kepada beberapa agenda utama yang berpotensi memperkukuh kemudahan latihan institusi.

Antara fokus lawatan termasuk penilaian teknikal terhadap mesin dan peralatan industri di kilang Aik Joo yang bakal menamatkan operasinya, bagi meninjau kesesuaian aset tersebut untuk ditempatkan di bengkel-bengkel latihan kampus.

Selain itu, lawatan ini turut memberi penekanan kepada aspek pemindahan teknologi dengan memastikan peralatan yang berpotensi diperoleh adalah relevan dengan perkembangan teknologi semasa serta mampu menyokong silibus latihan pelajar.

Usaha optimalisasi aset turut menjadi antara agenda penting, apabila peluang kerjasama ini dilihat mampu memperkukuh fasiliti sedia ada di kampus melalui sokongan strategik rakan industri.

Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan penghargaan kepada pengurusan Kian Joo Group dan Aik Joo Can Factory atas peluang serta kerjasama bermakna yang diberikan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi Unit CESS dalam memastikan fasiliti latihan di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal sentiasa selari dan setaraf dengan keperluan industri sebenar, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan graduan menghadapi dunia pekerjaan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€