PELAJAR - LATIHAN INDUSTRI

Objektif Latihan Industri

• Untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung dengan suasana pekerjaan sebenar, etika kerja serta pendedahan kepada teknologi terkini yang diguna pakai oleh pihak industri.

• Membolehkan semua kemahiran yang telah para pelajar perolehi dapat diguna pakai, di samping menimba pengalaman baru di industri.

• Memberi peluang kepada pihak industri serta Panel Jawatankuasa Penasihat Teknikal ILJTM untuk membuat penilaian terhadap tahap dan kualiti latihan yang dijalankan seterusnya memberi cadangan untuk menambahkan kurikulum latihan yang dijalankan seterusnya bagi memenuhi keperluan pihak industri agar ianya selari dengan perubahan teknologi.

• Sebagai salah satu media untuk memperkenalkan ILJTM serta produk ILJTM kepada sektor industri yang berkaitan.

• Untuk membolehkan para pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai skop pekerjaan di industri seperti perancangan, reka bentuk, pembinaan dan pentadbiran projek.

• Memberi pendedahan serta pengalaman kepada para pelajar menulis atau membuat laporan teknikal yang lengkap dan teratur.