Mesyuarat Kolaborasi Industri

25 Jun 2024 (Selasa) : ILP APNT telah berbesar hati menerima kunjungan mesra dari Pengurusan Tertinggi Syarikat Yamagata (M) Sdn. Bhd. iaitu Mr. Tsuyoshi Kojima yang merupakan Senior Managing Director syarikat.

Syarikat Yamagata (M) Sdn. Bhd. merupakan salah satu rakan kolaborasi insitiut ini yang telah menjalinkan kerjasama sejak dari tahun 2010 dalam bidang Teknologi Percetakan.

Tujuan utama kunjungan dari syarikat ini adalah untuk membincangkan bentuk kerjasama dan kolaborasi antara kedua-dua pihak yang bakal dilaksanakan pada tahun ini dan masa akan datang.

Salah satu perancangan yang dibentangkan adalah kerjasama dalam program ‘Sekolah Angkat’ untuk sekolah menengah berdekatan dengan kilang Yamagata (M) Sdn Bhd di Nilai, Negeri Sembilan.

Program ‘Sekolah Angkat’ ini bertujuan memberi pendedahan dan peluang sambung belajar kepada para pelajar sekolah menengah ke ILP APNT dalam bidang Teknologi Percetakan. Seterusnya selepas tamat pengajian di ILP APNT, para pelajar berkenaan akan terus diserap masuk ke Yamagata (M) Sdn Bhd sebagai pekerja mereka.

Bagi menarik minat para pelajar di 'Sekolah Angkat' berkenaan, Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd juga boleh menawarkan tajaan berupa wang saku sepanjang tempoh pengajian di ILP APNT.

Selain itu, institut ini juga bercadang untuk menjemput Pengurus Besar Yamagata (M) Sdn Bhd iaitu Encik Jayaraju A/L Narayanasamy untuk menyampaikan ceramah dan perkongsian ilmu dalam Amalan 5S kepada warga ILP APNT.

Setelah selesai perbincangan bentuk kolaborasi antara kedua-dua pihak ini, Mr. Tsuyoshi Kojima telah diiringi oleh para pegawai ILP APNT melawat bengkel Jabatan Mekanikal & Pengeluaran yang terdiri daripada Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik, Bahagian Teknologi Percetakan Digital dan Bahagian Teknologi Litografi Ofset.

Semoga kolaborasi dan hubungan erat antara institut ini dengan Syarikat Yamagata (M) Sdn. Bhd. ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

 

“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”