Tahniah kepada saudara Muhammad Aqil Asyraf bin Shamsul kerana telah berjaya menamatkan penyertaan dalam Pertandingan Akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2023 dalam Bidang Graphic Design Technology di CIAST.
Kronologi pertandingan :
Hari Pertama - Module Corporate Design:
Pada hari pertama, peserta perlu membuat tugasan berkaitan Corporate Design. Peserta telah menggabungkan kreativiti dengan konsep-konsep rekaan korporat yang efektif. Kebolehan peserta dalam mereka bentuk identiti korporat melalui rekaan visual sangat mengagumkan.
Hari Kedua - Module Packaging Design:
Pada hari kedua, fokus adalah kepada modul Packaging Design. Peserta telah mencipta pembungkusan produk yang menarik dan inovatif. Peserta menggunakan keupayaan untuk menggambarkan mesej dan imej produk secara menarik.
Hari Ketiga - Module Editorial:
Hari ketiga membawa cabaran baru dengan modul Editorial. Peserta telah menunjukkan kebolehan mereka dalam merancang dan menyusun maklumat dalam format editorial yang menarik dan informatif. Peserta juga perlu memahami pentingnya rekaan visual dalam membantu penyampaian mesej.
saudara Muhammad Aqil Asyraf bin Shamsul telah memperlihatkan bakat dan kemahiran yang luar biasa dalam bidang Graphic Design Technology. Semoga pengalaman ini akan menjadi satu titik tolak untuk masa depan yang cemerlang dalam bidang rekaan grafik di ILP AP Nibong Tebal . Terima kasih kepada jurulatih, pengajar serta semua yang telah memberikan dorongan, sokongan & sumbangan.