Mesyuarat Kolaborasi Industri

Mesyuarat Kolaborasi
๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐•๐ˆ๐•๐€๐‘ ๐๐‘๐ˆ๐๐“๐ˆ๐๐† ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ

30 Mac 2026 (Isnin) โ€“ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal terus komited dalam memperkasakan hubungan dua hala antara institusi latihan dan pemain industri utama menerusi penganjuran sesi mesyuarat kolaborasi bersama Vivar Printing Sdn. Bhd..

Mesyuarat tersebut melibatkan barisan pengurusan tertinggi syarikat iaitu Cheong Kok Wai, Gan Hwa Kok dan Arvindran, yang membincangkan beberapa skop kerjasama strategik bagi manfaat bersama.

Antara fokus utama perbincangan termasuk pelaksanaan Program Latihan Industri (LI) dan Latihan Sangkutan Industri (LSI) yang memberi peluang penempatan pelajar serta pengajar di industri bagi pendedahan kepada suasana kerja sebenar. Selain itu, aspek peningkatan kemahiran turut diberi penekanan melalui pelaksanaan program reskilling dan upskilling secara modular serta disesuaikan mengikut keperluan industri.

Kerjasama ini juga melibatkan perkongsian kepakaran melalui pelantikan pakar industri daripada pihak Vivar Printing sebagai penasihat teknikal dan kurikulum. Di samping itu, kedua-dua pihak turut meneroka inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Selesai mesyuarat, delegasi ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dibawa melawat fasiliti pengeluaran kilang, sekali gus berpeluang menyaksikan sendiri penggunaan mesin dan peralatan moden serta proses penghasilan produk percetakan berteknologi tinggi. Lawatan ini memberi pendedahan berguna dalam memastikan silibus latihan di kampus sentiasa relevan dan selari dengan perkembangan automasi industri semasa.

Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan penghargaan kepada Vivar Printing Sdn. Bhd. atas kesudian menerima kunjungan tersebut. Kerjasama yang terjalin diharapkan mampu melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing pada masa hadapan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€