18 Oktober 2024 (Jumaat) : YM Ts. Raja Muhammed bin Raja Daud telah mengunjungi SMK Seri Nibong bagi memberi taklimat berkenaan Program Perantis TVET Madani ILP APNT, Latihan Kemahiran Teknologi Media Kreatif.
Taklimat ini adalah susulan dari perbincangan bersama pihak pengurusan SMK Seri Nibong pada 11 Oktober 2024 yang lalu. Taklimat ini telah diberikan kepada sasaran peserta yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 3 dan 4.
Para pelajar yang mendengar taklimat pada hari ini telah menunjukkan minat yang mendalam dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pelajar yang berminat dan boleh memberikan sepenuh komitmen kepada kelas yang akan dilaksanakan selama 8 sesi akan mendaftar untuk menyertai program ini melalui guru kaunselor SMK Seri Nibong.
Semoga objektif Program Perantis TVET Madani ILP APNT, iaitu mempromosi sistem latihan kemahiran TVET, memberi nilai tambah kepada pelajar sekolah dan mendorong minat pelajar untuk terus belajar dan berinovasi dalam kehidupan akan tercapai dan direalisasikan.
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”