Taklimat Pra Pendaftaran Pelajar Baharu sesi 12026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐‘๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
29 Disember 2025 (Isnin) :ย ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah melaksanakan Taklimat Pra Pendaftaran Pelajar Baharu bagi program Sijil dan Diploma Sesi 1/2026 secara dalam talian pada Isnin lalu dengan penyertaan seramai 75 orang bakal pelajar bersama ibu bapa.

Taklimat tersebut dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) sebagai platform awal untuk memberikan pendedahan menyeluruh serta persediaan rapi kepada pelajar sebelum hari pendaftaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 5 Januari 2026.

Melalui sesi ini, para peserta telah diberi penerangan berkaitan prosedur pendaftaran, keperluan kemasukan, kemudahan yang disediakan di kampus serta hal-hal berkaitan pengajian bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

Penganjuran taklimat ini diharap dapat membantu bakal pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di samping meningkatkan keyakinan mereka untuk memulakan pengajian dalam bidang TVET.

Pihak institut turut menzahirkan harapan agar sesi taklimat ini memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin dalam usaha melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan cemerlang pada masa hadapan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€