19 Julai 2024 (Jumaat) :ย Pada 19 Julai 2024, satu perjumpaan bersama dua orang wakil syarikat yang telah menjalinkan hubungan kolaborasi dengan institut ini iaitu dari Kian Joo Group dan Prima First Auto Sdn Bhd. Encik Lin Wai Hoong mewakili Kian Joo Group manakala Prima First Auto Sdn Bhd pula diwakili oleh Puan Nur Liyana Abd Wahab.
Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan maklumat lebih lanjut berkenaan Program Akademi Dalam Industri (ADi).
Program Akademi Dalam Industri (ADi) merupakan satu kaedah untuk mempersijilkan mana-mana individu yang boleh membuktikan kekompetenan sepertimana yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) melalui latihan teori dan aktiviti kerja sepanjang program.
Program Akademi Dalam Industri ini juga adalah program bekerja sambil belajar di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama inovatif antara pihak Kerajaan, industri dan akademia dalam mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membangunkan bakat tempatan.
Semoga perancangan untuk melaksanakan Program Akademi Dalam Industri secara bersama ini dapat direalisasikan demi manfaat kepada kedua-dua pihak.