27 Februari 2023 : Satu sesi perbincangan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Pulau Pinang telah dilaksanakan bersama institusi latihan kemahiran TVET sekitar negeri ini. Institusi latihan kemahiran TVET yang hadir adalah ILP APNT, JMTI, Perda-Tech dan KKTM Balik Pulau.
Pada sesi perbincangan ini ILP APNT telah diwakili oleh Tuan Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail dan diiringi Penolong Pengarah Unit CESS iaitu Encik Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah.
Agenda perbincangan adalah berkisar tentang masalah kekurangan tenaga kerja di industri. Pihak MIDA yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan kegusaran dari banyak syarikat sama ada dari luar negara atau dalam negara yang berhasrat ingin melabur di negara ini. Masalah akan menjadi kritikal sekiranya negara ini tidak dapat menyediakan tenaga kerja yang secukupnya kepada para pelabur ini.
Oleh yang demikian, pelbagai strategi dan solusi telah diambil kira bagi menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh pihak MIDA. Semoga sesi perbincangan pertama dan kolaborasi ini dapat membuahkan hasil yang memberangsangkan dan diteruskan lagi selepas ini bagi menjana ekonomi negara kita.