14 Julai 2023 : Satu Sesi Menandatangani Dokumen Biasiswa Antara Pelajar Bahagian Teknologi Elektrik ILP APNT Dengan Syarikat Straits Technics Sdn Bhd telah diadakan di pejabat syarikat di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Syarikat Straits Technics Snd Bhd adalah merupakan rakan pintar ILPAPNT turut menaja dengan pemberian biasiswa kepada 3 orang pelajar Bahagian Teknologi Elektrik yang terpilih dan seterusnya diserap masuk sebagai pekerja tetap setelah tamat pengajian nanti.
Syarikat ini amat percaya dengan kredibiliti dan kemampuan institut ini dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi. Justeru, pemilihan pelajar yang ditaja ini adalah berdasarkan prestasi cemerlang dan tahap kompetensi mereka sepanjang pengajian di institut ini.
Pihak pengurusan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal amat menghargai usaha murni dan inisiatif syarikat dalam memartabatkan bidang kemahiran TVET yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Institut ini amat mengalu-alukan sebarang kerjasama dan kolaborasi industri dari mana-mana agensi ataupun syarikat swasta.