Program Unlock Potensi Diri

Aktiviti Pelajar
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐”๐๐‹๐Ž๐‚๐Š ๐๐Ž๐“๐„๐๐’๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

11 Februari 2026 โ€“ Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan kerjasama Unit Kaunseling telah menganjurkanย Program Unlock Potensi yang melibatkan pelajar kursus Sijil Teknologi Multimedia Interaktif.

Program ini merupakan antara inisiatif pihak kaunselor dalam membantu pelajar membina kemahiran interpersonal serta meningkatkan kesedaran kendiri bagi menyokong pembangunan sahsiah dan potensi diri.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah terlibat dalam beberapa aktiviti pembangunan diri seperti Inventori Personaliti Sidek, Mengenalpasti Punca Tekanan, Mini Pengucapan Awam, Siapa Saya Hebat serta Cermin Positif. Aktiviti-aktiviti ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan memahami personaliti diri, mengurus tekanan serta meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi.

Melalui penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan, para pelajar berpeluang mengenal pasti kekuatan diri, membina pemikiran yang lebih positif serta mengasah kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara lebih berkesan.

Program seumpama ini diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan potensi diri secara holistik seterusnya melahirkan graduan yang lebih berkeyakinan dan berdaya saing.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
.