Program Sambutan Hari Deepavali

Aktiviti Kampus
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐„๐„๐๐€๐•๐€๐‹๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

21 November 2025 (Jumaat) โ€“ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah mengadakan Program Sambutan Hari Deepavali Tahun 2025 peringkat institut, anjuran Biro Keagamaan & Kebudayaan, MPP ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan pelajar dan kakitangan berbilang kaum serta mengekalkan tradisi dan budaya kaum di Malaysia.

Sambutan menampilkan jamuan hidangan tradisional India, persembahan kebudayaan oleh pelajar, serta aktiviti kuiz berkaitan perayaan Deepavali.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, Ts. Adnan bin Ismail, dan turut dihadiri oleh alumni, ibu bapa, serta wakil NGO sebagai tetamu bagi memeriahkan sambutan.

Program ini diharap dapat memperkukuh perpaduan antara pelajar dan warga institut sambil memelihara warisan budaya Malaysia.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€