Program Perantis TVET SMK Sg Acheh

Perantis TVET

05 Oktober 2024 (Sabtu) adalah kelas sesi pertama bagi Program Perantis TVET Madani Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh untuk modul Latihan Kemahiran Teknologi Media Kreatif.
 
Program yang akan dilaksanakan selama 8 minggu setiap Sabtu ini adalah ditaja sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri di bawah Program Pemerkasaan Dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Tahun 2024.
 
Para pengajar yang bertanggungjawab melaksanakan program ini adalah dari kalangan kakitangan Jabatan Mekanikal & Pengeluaran ILP APNT. Pelajar akan dilatih dan diajar ilmu kemahiran teknologi media kreatif bermula dari Teknik Asas Fotografi, Mereka Bentuk Menggunakan Aplikasi Canva dan Asas Percetakan. Seterusnya, reka bentuk produk yang dihasilkan akan dicetak menggunakan mesin percetakan digital dan litografi ofset.
 
Produk-produk yang bakal dihasilkan oleh para pelajar SMK Sungai Acheh ini adalah seperti mug, mouse pad, button badge, dan juga buku nota saiz A5. Semua produk berkenaan akan direka bentuk mengikut tema yang sesuai berdasarkan kreativiti dan citarasa para pelajar yang menyertainya.
 
Program ini adalah salah satu usaha institut ini dalam mempromosi dan memperkenalkan bidang Teknologi Media Kreatif kepada para pelajar sekolah menengah agar mereka berminat untuk menyertai latihan sepenuh masa di ILP APNT nanti.
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
 
Sekiranya ada mana-mana sekolah, jabatan dan agensi kerajaan mahupun pihak industri memerlukan khidmat latihan kemahiran dari institut ini, boleh terus menghubungi pihak kami.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”