10 September 2023 : Kelas pertama untuk Program Perantis TVET Madani yang telah dilaksanakan khas untuk SMK Taman Mutiara, Karangan Kedah. Program ini melibatkan 20 orang pelajar SMK Taman Mutiara, Karangan Kedah dan dilaksanakan setiap hari Ahad selama 4 jam (2:00 petang hingga 6:00 petang).
Program Perantis TVET Madani adalah salah satu inisiatif institut ini dalam memberi pendedahan awal asas ilmu kemahiran TVET kepada pelajar sekolah menengah sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas alam persekolahan.
Institut ini juga berusaha untuk meneroka peluang untuk menjalankan program seperti ini dalam bidang kemahiran lain dengan sekolah menengah yang berminat. Bidang lain yang kami mampu tawarkan adalah seperti Teknologi Rekabentuk Grafik, Teknologi Percetakan, Teknologi Multimedia dan Teknologi Elektrik.
Dengan terlaksananya program ini, para pelajar yang terlibat dapat bersedia lebih awal dan memupuk minat yang lebih mendalam untuk meneruskan pengajian dalam bidang latihan kemahiran TVET.
Semoga usaha murni antara kedua-dua pihak ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya dan memartabatkan latihan kemahiran TVET negara.