Program Pengurusan Kesihatan Mental

26 Oktober 2023 (Khamis) : satu Program Pengurusan Kesihatan Mental kepada para pelajar dan kakitangan ILP AP Nibong Tebal telah diadakan Program ini bertujuan bagi membantu mengurangkan stigma yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental dalam masyarakat melalui pendekatan pendidikan dan kesedaran, mendidik golongan remaja tentang pentingnya menjaga kesihatan mental serta langkah - langkah menangani krisis kesihatan mental yang dialami.
Pihak institut telah menjemput para Pegawai Kesihatan dari Hospital Besar Pulau Pinang untuk berkongsi maklumat kepada pelajar melibatkan topik - topik berikut:
i. Dr. Siti Rohana Binti Abdul Hadi - Pendidikan Kesihatan Mental
ii. Pn. Manal Binti Martadza - Bijak Urus Stres & Emosi
iii. Dr. Nazirah Binti Azman - Bunuh Diri Bukan Solusi
Diharapkan dengan program berkenaan, pelajar dapat mempraktikkan panduan yang telah diberikan dalam menangani masalah tekanan emosi dan perasaan yang dialami daripada menjadi lebih serius dan menjejaskan kesihatan mental.