26 Jun 2024 (Rabu) : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal sebagai salah satu penyedia latihan yang berdaftar dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menganjurkan kursus yang bertajuk Asas Penyelenggaraan Kenderaan Bagi Wanita.
Kursus pada kali ini dilaksanakan bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) dan ditawarkan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.
Kursus ini telah dijalankan oleh para pengajar Bahagian Teknologi Automotif dan telah dihadiri oleh 19 orang peserta. Kursus ini difokuskan kepada peserta yang terdiri dari kaum wanita yang menjalani rutin harian dengan memandu kenderaan.
National Training Week (NTW) dilaksanakan bermula 24 – 30 Jun 2024 adalah bertujuan menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia melalui peluang pembangunan kemahiran dan pengetahuan percuma.
Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari sepanjang 1 hari berkursus di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal pada kali ini dapat membantu para peserta dalam mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang automotif.