๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐@๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐ย -ย ๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐:ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ,ย ๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐
23 Mei 2024 (Khamis) :ย Dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang telah berlangsung aktiviti podcast bertajuk Perkasa Pendidikan TVET: Inisiatif, Cabaran dan Kejayaan di ruang legar Lobi ILP AP Nibong Tebal.
Aktiviti ini bertujuan mengetengahkan kejayaan anak muda dalam menyampaikan mesej positif kepada orang awam dan mempromosikan ILP AP Nibong sebagai salah satu pusat TVET di Malaysia.
Dalam aktiviti tersebut pelajar ILP AP Nibong Tebal, Muhammad Aqil Asyraf Bin Shamsul telah berkongsi pengalaman dan kelebihan sepanjang beliau belajar di institut ini. Beliau turut menceritakan kejayaan beliau sebagai salah seorang peserta Peringkat Akhir WSMB 2023 bidang Graphic Design Technology dan dianugerahkan pingat Medillion Of Excellent.
Pengarah ILP AP Nibong Tebal, Ts. Adnan Bin Ismail turut berkongsi mengenai keterbukaan institut menerima pelajar kategori OKU untuk menyambung pengajian di ILP AP Nibong Tebal dan terus digilap kelebihan pelajar berkenaan sehingga berjaya dilahirkan sebagai graduan yang berprestasi tinggi seperti saudara Muhammad Aqil Asyraf.
ย