24 Ogos 2024 : 65 orang pelajar Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal bersama 2 orang kakitangan institute ini telah menyertai aktiviti gotong-royong masyarakat setempat di Masjid Nurul Iman, Jalan Bukit Panchor Nibong Tebal.
Tujuan utama aktiviti gotong-royong dilaksanakan adalah sebagai persediaan Masjid Nurul Iman menerima kunjungan dari Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak pada 6 September 2024 nanti.
Sebagai makluman, Wira Kesuma merupakan satu badan sukarelawan yang terbuka untuk semua pelatih TVET terutamanya di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang membina jatidiri, menyumbang kepada masyarakat, dan sekaligus mendidik, melatih para pelatih TVET secara holistik.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung menjayakan Program ‘CSR’ Wira Kesuma ILP APNT ini. Semoga program ini mampu mewujudkan jalinan kemesraan antara pihak institut dan komuniti setempat.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”