Program BriskWalk 10K dan Hari Tanpa Karbon

Program Briskwalk

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menganjurkan Program BriskWalk 10K dan Hari Tanpa Karbon sebagai salah satu inisiatif pelaksanaan Environmental, Social & Governance (ESG) dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga kampus.

Program yang bermula seawal jam 8.15 pagi itu mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan melibatkan seluruh kakitangan serta para pelajar ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen tinggi warga kampus dalam menyokong amalan kehidupan sihat di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon.

Sepanjang program berlangsung, para peserta turut berpeluang mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti berjalan santai sejauh 10 kilometer yang diadakan dalam suasana penuh semangat dan harmoni.

Inisiatif Hari Tanpa Karbon yang dilaksanakan turut menjadi platform pendidikan dan kesedaran kepada warga kampus mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup lestari demi memastikan kesejahteraan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Pihak ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal berharap program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan sebagai usaha memperkukuh budaya hidup sihat serta menyokong agenda kelestarian dan ESG di peringkat institusi.

โ€œBersama kita menyokong gaya hidup sihat dan persekitaran yang lebih hijau.โ€

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€