05 September 2024 (Khamis) : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah mengadakan satu program perkongsian pintar dalam bidang Teknologi Percetakan khas untuk para pelajar Diploma Teknologi Percetakan dan kakitangan Jabatan Mekanikal Pengeluaran, Kluster Teknologi Percetakan.
Program ini telah dianjurkan oleh Syarikat D.E. Dinar Enterprise Sdn. Bhd. diperkasakan dengan syarikat pembuatan mesin Teknologi Percetakan terulung dunia iaitu Heidelberg Malaysia Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Negara Jerman.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memacu Teknologi Percetakan dengan relevan mengikut peredaran semasa agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan yang mana telah berada lebih dari 20 tahun digunakan di parasan dalam dan luar negara. Selain itu, program ini juga merupakan tanggungjawab sosial bagi syarikat untuk memperkasakan perkongsian pintar ini bersama pembuat dan pengeluar mesin Teknologi Percetakan iaitu Heidelberg.
Semoga program seumpama ini dapat memberi keupayaan dalam penguasaan Revolusi Teknologi IR 4.0 yang mana dapat memperkasakan kebolehkerjaan graduan TVET di pasaran dengan nilai impak tinggi di masa hadapan.
Institut ini merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada D.E. Dinar Enterprise Sdn. Bhd. dan Heidelberg Malaysia Sdn. Bhd. kerana sudi hadir dalam menjayakan program perkongsian pintar ini.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”