Perhimpunan Kakitangan dan Majlis Bacaan Yasin

Majlis Perhimpunan Staf
 
21 Mac 2025 (Jumaat) : Perhimpunan Kakitangan dianjurkan oleh unit CESS, BPPL dan BKKL telah berlangsung semalam di Auditorium ILP APNT bermula 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dengan kehadiran 75 orang kakitangan.
 
Pengisian perhimpunan kali ini adalah perkongsian ilmu oleh Puan Nur Diana Binti Abu Hassan (Kaunselor Pelatih) dan Pn. Suriati Binti Harmain (Bahagian Khidmat Pengurusan). Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan pingat bagi pemenang CITEC 2025 dan diakhiri dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Saleh.
 
Sebelum bersurai kakitangan yang hadir bergambar dalam suasana meriah dengan pakaian raya. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap agar majlis sebegini dapat terus menyemarakkan ukhuwah serta semangat kerja berpasukan di institut
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”