13 September 2023 (Rabu) : Majlis perhimpunan kakitangan bersama pengarah telah diadakan di Auditorium. Perhimpunan kali ini dikendalikan oleh Unit CESS, BKKL dan BPPL. Banyak perkara yang telah disampaikan sebagai amanat oleh Tuan Pengarah kepada kakitangan pada perhimpunan ini.
Perhimpunan kakitangan bersama pengarah adalah satu platform yang penting untuk menyatukan pasukan dan memastikan objektif serta matlamat jabatan tercapai. Semoga amanat yang disampaikan pada perhimpunan pada kali ini dapat menjadi pedoman kepada semua kakitangan ILP APNT.