Perbincangan Permurnian Silibus

6 Februari 2024 (Jumaat) : Satu Perbincangan Pemurnian Silibus Teknologi Percetakan Bersama UiTM, Puncak Alam telah diadakan. Perbincangan ini melibatkan para pengajar pakar dalam bidang Teknologi Percetakan bersama para pensyarah UiTM yang cukup berpengalaman dalam bidang ini.
Tujuan utama perbincangan ini dilaksanakan adalah untuk pemetaan silibus akademi dan latihan antara dua institusi pengajian ini supaya graduan Diploma Teknologi Percetakan ILP APNT yang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda Teknologi Percetakan di UiTM dapat memindahkan kredit bagi modul yang sama.
Semoga hasil dari perbincangan ini dapat membuka peluang seluasnya kepada graduan lepasan ILP APNT untuk menggapai impian ke peringkat yang lebih tinggi.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”