Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 1/2024

29 Januari 2024 (Isnin) : Pendaftaran pelajar baharu ILP AP Nibong Tebal bagi sesi 1/2024 telah dilaksanakan, proses pendaftaran dan pembayaran yuran berlangsung di Lobi Bangunan Pentadbiran bagi menyerahkan dokumen lengkap dan bangunan asrama bagi pendaftaran penginapan masing - masing.

Taklimat pengarah bersama ibu dan bapa turut diadakan di auditorium oleh YM. Ts. Raja Muhammed Bin Raja Daud selaku timbalan pengarah (latihan) bagi berkongsi maklumat mengenai institut dan kursus yang lebih jelas.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas dan fasilitator yang bertungkus lumus memastikan proses pendaftaran berjalan dengan baik. Tahniah juga kepada pelajar dan ibu bapa kerana memilih ILP AP Nibong Tebal sebagai laluan menimba ilmu dan semoga semua pelajar baharu berjaya di masa hadapan dalam bidang TVET yang dipilih.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย