14 Disember 2023 (Khamis) : Pembentangan Projek Tahun Akhir Pelajar Diploma Teknologi Percetakan bertempat di Kian Joo Can Factory Berhad, Batu Caves. Pembentangan ini melibatkan 24 orang pelajar yang terdiri dari 8 kumpulan. Pembentangan yang julung kalinya diadakan di industri ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Yang Berusaha Encik Shakib bin Ahmad Shakir bersama Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail.
Turut serta dalam sesi pembentangan ini ialah pihak pengurusan tertinggi syarikat iaitu Encik Ang Kok Kun, Pengurus Besar Kian Joo Can Factory Berhad dan Encik Tan Beng Wah, Ketua Pegawai Operasi Box-Pak Group. Projek Tahun Akhir pada sesi ini dihasilkan dan dibangunkan bersama antara ILP APNT dan KJCF. Melalui kerjasama ini juga, KJCF telah menyumbangkan kos penghasilan produk-produk yang dicipta hasil dari idea bernas para pelajar dan pegawai penyelia projek.
Harapan institut, produk yang dihasilkan ini dapat digunakan di pasaran dan memikat hati pelanggan seterusnya merancakkan promosi ILP APNT dan KJCF. Semoga kerjasama yang akrab antara ILP APNT bersama KJCF ini dapat diteruskan lagi dan diteroka lagi untuk pelbagai skop demi memperkasakan latihan kemahiran TVET negara.