30 April 2024 (Selasa) :ย Termeterainya satu jalinan kerjasama antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara melalui satu majlis menandatangani dokumen Nota Kerjasama.
Kolaborasi antara dua institut ini dirasmikan melalui Nota Kerjasama yang telah ditandatangani oleh Ts. Adnan bin Ismail, Pengarah ILP APNT dan Encik Mohamad Zukhi bin Saad, Pengetua SMK Taman Mutiara.
Kerjasama ini memfokuskan kepada Perantis TVET Madani bagi bidang Teknologi Automotif yang dilaksanakan khas untuk para pelajar tingkatan 4 sekolah berkenaan. Program ini melatih para pelajar yang terlibat dalam ilmu kemahiran TVET yang mana pengajar dari institut ini menjalankan kelas setiap minggu di SMK Taman Mutiara.
ย