MPP ILPAPNT Sesi 2023/2024

14 April 2023 : Pilihan raya bagi memilih Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal sesi 2023/2024 telah diadakan bertempat di Makmal Komputer Pentadbiran. Seramai 5 orang calon bertanding bagi mengisi kekosongan jawatan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Biro iaitu Ikhmal Hamzah Bin Razmi (Teknologi Rekabentuk Grafik), Nur Aisyah Binti Mohd Hamizi (Teknologi Rekabentuk Grafik), Muhammad Amirul Shafiq Bin Abdullah (Teknologi Multimedia Interaktif), Manialagan A/L Manimaran (Teknologi Rekabentuk Grafik) dan Nadiah Balaqis Binti Nizam Fitri (Teknologi Multimedia Interaktif).

Berikut adalah barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP AP Nibong Tebal Sesi 2023/2024 yang telah dipilih melalui proses undian para pelajar.

Presiden : Ikhmal Hamzah Bin Razmi

Naib Presiden : Nur Aisyah Binti Mohd Hamizi

Setiausaha : Muhammad Amirul Shafiq Bin Abdullah

Bendahari : Manialagan A/L Manimara

Ketua Biro : Nadiah Balaqis Binti Nizam Fitri   

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi MPP ILP APNT Sesi 2023/2024

 

Semoga barisan pemimpin pelajar ini dapat melaksanakan amanah diberikan dengan sebaik mungkin demi menjaga kebajikan pelajar-pelajar ILP APNT.

Terima kasih juga kepada pelajar ILP APNT kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar bagi memilih pemimpin yang terbaik untuk mewakili suara mereka.