Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman

05 Jun 2024ย (Rabu) :ย Satu perjanjian kerjasama telah dimeterai antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal dengan Syarikat Bo-Pak (Malaysia) Bhd.

Box-Pak (Malaysia) Bhd, syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 28 Disember 1974 merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Kian Joo Group, yang mana merupakan sebuah syarikat terbesar di rantau Asia Tenggara yang menghasilkan produk pembungkusan.

Syarikat ini mempunyai fasiliti yang serba moden yang mana telah menjadikan Syarikat Box-Pak (Malaysia) Bhd pemain utama dalam industri pembuatan pembungkusan kotak menggunakanย ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ณ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅย ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅย di rantau Asia.

Perjanjian Kerjasama Pintar ini telah disahkan dan dimuktamadkan oleh Pengarah Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, Ts. Adnan bin Ismail manakala pihak Box-Pak (Malaysia) Bhd pula diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Tan Beng Wah.

Semoga kerjasama ini dimanfaatkan sebaiknya bagi kedua-dua pihak dan dapat menjadikannya sebagai wadah untuk mengumpul seberapa banyak ilmu daripada pakar-pakar di syarikat agar warga institut ini sentiasa kekal relevan dan bergerak seiring dalam kepesatan industri percetakan pada masa kini.

ย 

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย