Mesyuarat Kolaborasi Industri bersama Kian Joo Group

16 Mei 2023 (Selasa) :Institut telah menerima kunjungan dari para pegawai pengurusan dari Kian Joo Group yang terdiri daripada Kian Joo Can Factory Berhad, KJ Can (Selangor) Sdn Bhd dan KJM Aluminium Can Sdn Bhd.

Tujuan mesyuarat kolaborasi industri antara kedua-dua pihak ini adalah untuk membincangkan perkara utama dalam kerjasama di antara dua hala yang melibatkan Program SLDN dan penghasilan Video Korporat (Employment Branding).

Sesi awal mesyuarat, para pegawai pengurusan syarikat telah diberi taklimat pengenalan berkenaan institut ini. Pada akhir sesi lawatan pula para pegawai dari syarikat berkenaan telah diiringi ke Bengkel Latihan di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran (Kluster Percetakan).

Semoga kerjasama industri yang terjalin ini dapat diteruskan lagi diteroka dalam pelbagai skop dan bidang di masa hadapan.