Menandatangani Kerjasama Pintar ILPAPNT - Yamagata

Kerjasama Pintar
๐’๐„๐’๐ˆ ๐Œ๐„๐๐€๐๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘ (๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐๐†๐€๐) ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐€๐ ๐€๐‘๐”๐Œ๐”๐†๐€๐Œ ๐๐ˆ๐‹๐‹๐€๐ˆ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐€๐Œ๐€๐†๐€๐“๐€ (๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€) ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ
ย 
10 April 2025 (Khamis) : Satu sesi menandatangani dokumen kerjasama pintar iaitu penyambungan semula antara institut ini dengan rakan strategik industri iaitu Syarikat Yamagata (Malaysia) Sdn Bhd telah diadakan di Bilik Mesyuarat ILP APNT.
ย 
Perjanjian yang telah termeterai ini dilanjutkan ke tempoh 3 tahun sehingga tahun 2028. Dokumen telah ditandatangani oleh Tuan Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail mewakili Kerajaan Malaysia manakala Yamagata (Malaysia) Sdn Bhd pula diwakili oleh Encik Jayaraju A/L Narayanasamy, Pengarah syarikat berkenaan.
ย 
Pada kesempatan itu juga, kedua-dua pihak telah bersetuju dalam pelbagai skop kerjasama seperti latihan kakitangan Yamagata (Malaysia) Sdn Bhd buat kali kedua di institut ini selama 3 bulan bermula bulan Julai 2025.
ย 
Pihak syarikat juga bercadang menjemput kakitangan institut untuk bersama-sama mereka melaksanakan aktiviti promosi di sekolah sekitar kawasan kilang mereka di Nilai, Negeri Sembilan. Ini adalah untuk mengenalpasti pelajar lepasan SPM yang mana boleh dijadikan pelapis untuk syarikat mereka sebagai operator pengeluaran percetakan.
ย 
Semoga kolaborasi dan kerjasama era antara kedua-dua pihak ini dapat memberi manfaat sebaiknya dan memberikan impak positif kepada pembangunan latihan kemahiran TVET negara kita terutamanya dalam bidang Teknologi Percetakan.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
ย