Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran

30 November 2024 (Isnin) : Majlis penutup bagi Program Latihan Kemahiran Teknologi Percetakan Litografi Ofset Bagi Kakitangan Yamagata (M) Sdn Bhd telah diadakan. Majlis dihadiri oleh pegawai kanan Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengarah Syarikat, Encik Jayaraju a/l Narayanasamy dan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail bagi penyampaian Sijil Peningkatan Kemahiran.

Program latihan kemahiran ini telah berlangsung selama 3 bulan bermula Oktober hingga Disember 2024. Para peserta yang terdiri dari kakitangan baharu syarikat telah diajar ilmu kemahiran dalam bidang Teknologi Percetakan Litografi Ofset secara teori dan amali. Pihak syarikat amat berpuas hati dengan pelaksanaan dan pengurusan program ini dan berhasrat untuk meneruskan perancangan dengan kumpulan kedua.
ย 
Semoga kolaborasi dan hubungan erat antara institut ini dengan Syarikat Yamagata (M) Sdn. Bhd. ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, salah satu dari 33 institut di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sentiasa komited dan memberi sepenuh komitmen dalam melahirkan tenaga kerja mahir agar dapat memacu ekonomi negara.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€