Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman

04 Julai 2023 (Selasa) : Satu Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman Antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal (ILP APNT) Bersama Kian Joo Can Factory Berhad (KJCF) telah diadakan di kilang berkenaan yang terletak di Batu Caves, Selangor.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Encik Shakib bin Ahmad Shakir dan Pengurus Besar Kian Joo Can Factory Berhad, Encik Ang Kok Kun.

ILP APNT dan KJCF telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan Projek Tahun Akhir bagi para pelajar kursus Diploma Teknologi Percetakan di ILP APNT.

Kerjasama ini juga merangkumi penyediaan dan penghasilan prototype dan sample projek oleh syarikat Kian Joo Can Factory Berhad serta perkongsian kepakaran, khidmat teknikal dan teknologi terkini. Model kerjasama seperti ini adalah julung kalinya diformalisasikan dalam bentuk Memorandum Persefahaman antara pihak institut dengan industri.

Semoga kerjasama ini dimanfaatkan sebaiknya bagi kedua-dua pihak dan ILP APNT dapat menjadikannya sebagai wadah untuk mengumpul seberapa banyak ilmu daripada pakar-pakar di syarikat agar warga ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal sentiasa kekal relevan dan bergerak seiring dalam kepesatan industri percetakan pada masa kini.