24 Ogos 2023 (Khamis) : Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru pengiring dari SMK Jelai telah menyertai program lawatan sambil belajar ke ILP AP Nibong Tebal. Lawatan ini adalah susulan dari Konvoi Jelajah Promosi Jom Masuk ILP APNT pada Jun lalu di sekolah berkenaan yang menarik minat pihak sekolah untuk membawa murid melihat dengan lebih dekat kursus - kursus yang ditawarkan di ILP AP Nibong Tebal kepada pelajar lepasan SPM.
Objektif lawatan untuk memberi pendedahan kepada murid SMK Jelai berkenaan TVET di ILP AP Nibong Tebal serta peluang kerjaya yang cerah menanti graduan lepasan TVET. Para murid dapat melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kemahiran serta perkembangan teknologi TVET ketika dibawa lawatan ke setiap bengkel.