Lawatan Penanda Aras dari KV Balik Pulau

19 Oktober 2023 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal berbesar hati menerima kunjungan dari 30 orang pelajar Kolej Vokasional Balik Pulau dan 3 orang guru pengiring.
Tujuan utama lawatan penanda aras ini adalah untuk mengenalpasti peluang penambahbaikan dalam pembelajaran pelajar antaranya mesin, alatan, ruang kerja, bilik-bilik khas dan teknologi-teknologi berkaitan media cetak.
Program lawatan penanda aras ini telah dimulakan dengan Taklimat Pengenalan ILP APNT yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit CESS, Ts. Syamsul Azmirullah bin Mohd Diah di Auditorium Cetak.
Seterusnya, para peserta lawatan telah dibawa melawat keseluruhan fasiliti, mesin dan peralatan bagi Bidang Kluster Teknologi Percetakan di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran.
Sebagai makluman, hubungan kolaborasi antara dua agensi penyedia latihan kemahiran TVET ini telah lama terjalin. Kepakaran dan pengetahuan dalam bidang Teknologi Percetakan sering dikongsi bersama sejak dari dahulu lagi.
Semoga hubungan baik antara dua agensi ini diteruskan lagi, demi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan seterusnya memperkasakan bidang latihan kemahiran TVET amnya dan bidang Teknologi Percetakan khususnya.