16 Disember 2022 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjungan dari rakan pintar yang sentiasa memberi sepenuh komitmen terhadap kolaborasi dengan institut ini iaitu Yamagata (M) Sdn Bhd.
Turut hadir juga pihak pengurusan ST Metalclaim Technology Sdn Bhd, syarikat terletak di Bukit Minyak menguruskan sisa buangan industri percetakan, fotografik dan elektronik.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi perbincangan antara kedua-dua syarikat dengan pihak pengurusan tertinggi ILP APNT. Antara isi kandungan perbincangan adalah bentuk kerjasama dan skop kolaborasi yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, 2023.
Seterusnya, pihak pengurusan ST Metalclaim Technology Sdn Bhd telah dibawa melawat bengkel di bawah Jabatan Mekanikal & Pengeluaran manakala pihak pengurusan Yamagata (M) Sdn Bhd hadir ke satu sesi perjumpaan dengan para pelajar Jabatan Mekanikal & Pengeluaran yang bakal menjalani latihan industri di kilang berkenaan pada sesi latihan hadapan.
Semoga dengan terjalinnya hubungan baik dan kolaborasi di antara institut ini dengan industri yang berkaitan dapat memberi impak positif kepada industri percetakan negara.