21 Disember 2022 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjungan mesra dari pihak pengurusan Kolej Kemahiran Segatronic.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi perbincangan antara kedua-dua pihak yang berkisar tentang kerjasama latihan kemahiran bagi pelatih Teknologi Elektrik. Antara intipati perbincangan adalah Kursus KNX yang akan ditawarkan kepada pelatih Teknologi Elektrik Kolej Kemahiran Segatronic pada tahun 2023.
Seterusnya, pihak pengurusan Kolej Kemahiran Segatronic telah dibawa melawat ke bengkel Teknologi Elektrik bagi melihat dengan lebih dekat lagi fasiliti dan peralatan KNX yang bakal digunakan nanti.
Semoga dengan terjalinnya kerjasama antara kedua-dia pihak ini dapat memberikan impak positif dalam memperkasakan latihan kemahiran TVET negara kita.