Lawatan Industri Pelajar Teknologi Elektrik

Lawatan Rasmi
 
14 November 2024 (Khamis) : 29 orang pelajar dan 7 orang pengajar dari Bahagian Teknologi Elektrik, Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menyertai Program Lawatan Industri ke Solar Farm Nibong Tebal.
Program lawatan yang disertai oleh para pelajar semester 2 & 4 ini telah memberi peluang kepada para pelajar dan pengajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman baharu dalam bidang Tenaga Diperbaharui (RE).
 
Para peserta diberi taklimat oleh pihak syarikat berkenaan pengoperasian, penyelenggaraan dan sistem yang digunakan di ladang solar ini. Peserta juga dibawa untuk melihat sendiri peralatan dan perkakasan bagi penjanaan kuasa elektrik menggunakan kuasa solar.
 
Pihak syarikat amat mengalu-alukan para pelajar menjalani latihan industri di syarikat ini. Selain itu, syarikat juga amat memerlukan tenaga kerja dari kalangan orang kompeten pendawai PW4 dan penjaga jentera. Syarikat juga berminat untuk menjalani Kursus Jangka Pendek yang ditawarkan oleh ILP APNT.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”