02 September 2024 (Isnin) : 25 orang pelajar Diploma Teknologi Percetakan diiringi oleh 8 orang kakitangan ILP APNT telah menyertai program lawatan industri ke Syarikat Komark International (M) Sdn Bhd di Balakong, Selangor.
Tujuan program lawatan industri ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Diploma Teknologi Percetakan berkenaan industri percetakan dan melihat secara lebih dekat lagi proses-proses percetakan yang terdapat di kilang berkenaan.
Institut ini amat berbesar hati atas kesudian syarikat menerima kunjungan dari para pelajar dan kakitangan ILP APNT dalam kesibukan masa menyelesaikan urusan pembuatan produk pelanggan yang banyak.
Semoga peluang yang sangat berharga ini dapat memberi manfaat sebaiknya kepada semua peserta lawatan.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”