Lawatan Industri ke Syarikat Kian Joo Can Factory

16 Jun 2023 (Jumaat) : Bahagian Teknologi Litografi Ofset ILP APNT dan para pegawai telah mengadakan satu program lawatan industri ke Syarikat Kian Joo Can Factory Berhad yang terletak di Batu Caves, Selangor.

Syarikat Kian Joo Can Factory adalah rakan pintar ILP APNT dan pemain industri yang terkenal dalam pembuatan pembungkusan dan pelabelan menggunakan tin aluminium di rantau ini.

Para peserta lawatan telah diberi taklimat berkenaan sejarah, latar belakang syarikat dan berpeluang melihat sendiri keseluruhan proses percetakan dan pelabelan tin aluminium.

Semoga dengan terlaksananya program lawatan seperti ini dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada para pelajar Bahagian Teknologi Litografi Ofset ILP APNT.