Lawatan Industri ke PNMB

15 Jun 2023 (Khamis) : Bahagian Teknologi Litografi Ofset ILP APNT dan para pegawai telah mengadakan lawatan industri ke Syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad  (PNMB) yang terletak di Kuala Lumpur.

PNMB adalah salah satu syarikat percetakan tertua di negara yang mana telah ditubuhkan pada tahun 1888. Syarikat ini juga terkenal dengan sejarah kegemilangannya dalam bidang teknologi percetakan.

Para peserta lawatan telah diberi taklimat berkenaan sejarah, latar belakang syarikat dan berpeluang melihat sendiri keseluruhan proses percetakan yang dijalankan di syarikat ini.

Semoga dengan terlaksananya program lawatan seperti ini dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada para pelajar Bahagian Teknologi Litografi Ofset ILP APNT.