
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐.๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐๐๐.
5 November 2025 โ Para pelajar semester akhir Bahagian Teknologi Percetakan Industri, bersama 4 orang kakitangan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, telah menghadiri sesi lawatan industri dan temuduga di J.P. Printers Sdn. Bhd.
Program dimulakan dengan pengenalan syarikat kepada para pelajar dan kakitangan, diikuti dengan sesi temuduga bagi pelajar. Selepas itu, peserta lawatan dibawa ke kilang untuk mendapat pendedahan proses pengeluaran percetakan, dari reka bentuk hingga produk siap.
Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami proses industri sebenar, memperkukuh kemahiran teknikal, dan mempersiapkan diri menghadapi kerjaya selepas tamat pengajian.
Pihak institut berharap kerjasama erat antara ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dan J.P. Printers Sdn. Bhd. dapat diteruskan pada masa hadapan bagi manfaat pelajar dan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.









