Lawatan Ilmiah dari Institut Kemahiran Baitulmal

29 Ogos 2023 (Selasa) : Institut Kemahiran Baitulmal, Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan lawatan ke ILP AP Nibong Tebal bagi melihat dengan lebih dekat program - program di bawah kluster percetakan iaitu kursus Teknologi Rekabentuk Grafik, Teknologi Percetakan Digital, Teknologi Litografi Ofset dan Diploma Teknologi Percetakan.

Seramai 17 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring dari kursus Rekaan Grafik telah dibawa ke setiap bengkel berkaitan bagi melihat perjalanan kokurikulum dan infrastruktur yang dilaksanakan di ILP AP Nibong Tebal. Para pelajar juga diberi penerangan mengenai peluang menyambung pengajian ke peringkat diploma di ILP AP Nibong Tebal setelah mereka tamat belajar di Institut Kemahiran Baitulmal nanti.

Diharapkan pada masa akan datang, ILP AP Nibong Tebal dapat menjalinkan hubungan kolaborasi bersama pihak Institut Kemahiran Baitulmal bagi membantu mewujudkan laluan akademik para pelajar IKB ke peringkat yang lebih tinggi.