Lawatan dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin

Aktiviti Pelajar

19 Ogos 2024 : Para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin telah hadir ke ILP APNT bagi tujuan lawatan bengkel latihan Kluster Teknologi Percetakan.
 
Para pelajar SMK Sultan Ahmad Tajuddin yang terdiri daripada 23 orang diiringi 1 orang guru ini adalah bakal peserta Program Perantis TVET Madani yang akan dijalankan tidak lama lagi. Program Perantis TVET Madani pada kali ini adalah memfokuskan bidang Teknologi Percetakan. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan melihat secara lebih dekat fasiliti dan kemudahan latihan yang akan digunakan untuk Program Perantis TVET Madani nanti.
 
Program Perantis TVET Madani adalah salah satu inisiatif ILP APNT selaku peneraju latihan kemahiran terbilang di bawah Jabatan Tenaga Manusia dalam membantu memupuk minat generasi muda untuk mengenal dengan lebih dekat dan menceburkan diri dalam bidang TVET, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Institutsi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan ILP APNT khususnya sebelum memasuki dunia pekerjaan dengan keterampilan yang cemerlang.
 
Institut ini juga berusaha untuk meneroka peluang untuk menjalankan program seperti ini dalam bidang kemahiran yang lain dan ditawarkan kepada sekolah menengah yang berminat. Bidang lain yang mampu kami tawarkan adalah seperti Teknologi Automotif, Teknologi Multimedia dan Teknologi Elektrik.
 
Dengan terlaksananya program ini, para pelajar yang terlibat dapat bersedia lebih awal dan memupuk minat yang lebih mendalam untuk meneruskan pengajian dalam bidang latihan kemahiran TVET.
 
Semoga usaha murni antara kedua-dua pihak ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya dan memartabatkan latihan kemahiran TVET negara kita.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”