Kursus Rise Leadership

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‘๐ˆ๐’๐„ ๐‹๐„๐€๐ƒ๐„๐‘๐’๐‡๐ˆ๐ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

14 Mac 2026 โ€“ Sebanyak 32 orang calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2026 telah menghadiri Kursus Kepimpinan Rise Leadership, anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) pada hari Sabtu yang lalu.

Kursus ini bertujuan untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja mahir dalam bidang teknikal, malah memiliki kemahiran kepimpinan yang baik dan mampu memimpin rakan-rakan secara berkesan.

Para peserta telah didedahkan dengan modul-modul penting seperti kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, pembangunan sahsiah serta pengurusan organisasi, yang dirangka untuk mempersiapkan mereka menghadapi cabaran kepimpinan dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum.

Diharapkan barisan MPP yang dilantik nanti akan menjadi pemimpin pelajar yang berwibawa, berdisiplin dan mampu memacu rakan-rakan ke arah kejayaan bersama di kampus.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€